Sunday, October 24, 2010

Teori Kematian Michael Jackson Dan Aaliyah - Satu Konspirasi Illuminati?

Pasti ramai yang masih belum sedar bahawa kematian Michael Jackson, raja pop dunia, dan Aaliyah, penyanyi R'n'B terkemuka suatu ketika dahulu merupakan suatu kematian yang dirancang oleh pihak-pihak elit tertentu yang gelisah apabila artis yang dikawal oleh mereka tidak lagi mahu berkerja sama dengan mereka.

Aaliyah album terakhir sebelum kematiannya mempunyai cover album di mana album tersebut berlatar-belakangkan warna merah. Michael Jackson juga mempunyai menggunakan baju warna merah untuk cover album terakhir beliau. Kebiasaannya warna merah bukanlah warna yang bagus. Warna merah digunakan oleh para pihak dan selebriti yang bernaung dengan Illuminati untuk menunjukkan perhubungan dengan pihak Illuminati atau bertindak sebagai korban.

Aaliyah meninggal di dalam kemalangan kapal terbang. Dari sudut saya melihat, Illuminati suka membunuh korban / pengorbanan menggunakan sesuatu yang artis itu mungkin takuti. Michael Jackson takut riwayatnya "berakhir seperti Elvis" iaitu melibatkan penggunaan dadah. Aaliyah juga takut terbang menaiki pesawat dan telah memberitahu ahli keluarganya (termasuk kakaknya) berkali-kali bahawa dia takut terbang menaiki kapal terbang. Dan yang menariknya, ini adalah bagaimana mereka akhirnya meninggal. Wallahualam.

Thursday, October 7, 2010

Illuminati Dalam Dunia Hiburan Antarabangsa



Sekarang ini dunia hiburan antarabangsa telah dicemarkan dengan unsur-unsur Freemason atau Illuminati. Kebanyakan bintang-bintang pop terkemuka dunia telah digunakan untuk mengawal minda kita dan mencemarkan pemikiran kita melalui unsur-unsur yang tersembuyi samada di dalam lagu mahupun video MTV mereka.

Kebanyakan dari kita tidak sedar atau pura-pura tidak kisah mengenai hal ini dan hanya mengatakan bahawa hanya muzik atau personaliti artis itu saja yang dipuja mereka.

Ambil contoh, mengenai Lady Gaga. Kebanyakan gambar, mahupun lagu atau MTV beliau memaparkan unsur Illuminati yang sangat jelas dan nyata. Tetapi peminat-peminat Lady Gaga telah memperbodohkan diri sendiri dengan mengatakan ianya mungkin secara kebetulan. Video clip Alejandro penuh dengan semangat Illuminati di dalam MTV tersebut secara terang-terangan, begitu juga dengan video clip Bad Romance. Tapi kebanyakan daripada peminat beliau terutamanya yang beragama Islam tidak mahu ambil kisah mengenai hal ini dan ia merupakan suatu perkara yang memalukan.




Britney Spears juga pernah menjadi salah seorang patung Illuminati suatu ketika dahulu tetapi beliau mengambil langkah alternatif untuk tidak terus terlibat sama di dalam penyebaran ajaran tersebut. Maka, lahirlah sudut-sudut gelap di dalam hidup Britney Spears seperti tindakannya mencukur kepala sehingga botak bagi menyucikan diri, dan juga terhasillah sebuah lagu yang dinamakan Rebellion yang bermasuk pemberontakan dan juga sebuah lagu yang berjudul Monalisa mengenai kehidupannya yang telah disalah gunakan oleh individu yang mahu mengawal beliau. Tetapi lagu tersebut telah ditapis oleh syarikat rakaman beliau dan mereka juga turut membatalkan pengeluaran album Britney Spears yang lebih bersifat memberontak berjudul Original Doll.



Michael Jackson, Madonna, Rihanna, Beyonce, Jay-Z dan beberapa bintang antarabangsa juga telah menjadi patung Illuminati untuk mengawal pemikiran kita sebagai seorang peminat muzik dunia. Malah kematian Michael Jackson juga turut dikaitkan di dalam hal ini.



Bintang baru yang baru sahaja menjadi patung Illuminati untuk menyesatkan kita adalah Charice, yang sekarang ini popular melalui lagu Pyramid. Malah kebanyakan dari persembahan secara langsung beliau turut menggunakan simbol mata satu dengan membentukkan simbol piramid menggunakan tangannya.



Dunia Illuminati juga telah merebak ke industri hiburan tempatan samada secara sedar atau tidak. Kebanyakan masih samar-samar tetapi beberapa ketika ia kelihatan jelas bagi mereka yang memahami unsur-unsur Freemason atau Illuminati. Tapi saya tidak boleh huraikan kerana takut disaman pihak-pihak tertentu yang akan beria-ia untuk menafikan penglibatan mereka di dalam fahaman ini.

Sama-samalah kita menjadi seorang peminat hiburan antarabangsa yang berakal untuk tidak terpengaruh di dalam agenda-agenda jahat mereka.

Britney Spears is DEAD?

A lot of her fans questioning if Britney Spears are really dead in a car crash 2 or 3 days ago. And the rumors are spreading so fast in a lot of blog and of course, Youtube.
Actually this is a fake news and a hoax. Britney Spears is not really dead. Trust me, if Britney were dead EVERYONE would know it would be like Michael Jacksons death times a billion.

------------------------------------------------------------------------------------

Banyak peminat Britney Spears mempersoalkan apakah beliau sudah mati dalam kemalangan kereta 2 atau 3 hari yang lalu. Desas-desus tersebar terlalu pantas di kebanyakan blog dan tentu saja, Youtube.
Sebenarnya ini adalah berita palsu. Britney Spears tidak mati. Percayalah, kalau Britney sudah mati SEMUA ORANG akan tahu sama seperti kematian Michael Jacksons malah lebih hebat lagi.

Wednesday, October 6, 2010

Hantu Lady Gaga VS Hantu Britney Spears





Post kali ini sengaja membandingkan dua ratu pop dunia iaitu Britney Spears dan Lady Gaga. Bagaimana la agaknya kalau diorang berubah jadi pontianak? Yang mana lebih seram? Haha!

Jika hendak dibandingkan, kelebihan seram terletak kepada Lady Gaga kerana beliau sememangnya telah menjual rohnya kepada syaitan untuk menjadi popular. Tidak hairanlah beliau merupakan patung Illuminati yang digunakan untuk mengawal minda kita melalui lagu dan videoclip beliau.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia Illuminati Lady Gaga dan dunia Illuminati Britney Spears, serta ratu-ratu pop dunia yang lain, jangan lupa tunggu post yang seterusnya. Nantikan.

Tuesday, October 5, 2010

Justin Bieber berusia 51 tahun?




Sekali lagi khabar angin berkaitan bintang remaja popular Justin Bieber muncul di web. Baru-baru ini, sebuah penemuan yang sangat mengejutkan dibuat oleh Onion News Network bahawa seorang pedofil berusia 51 tahun bernama Michael Côtes telah menggunakan rambut palsu dan topeng getah yang meyakinkan dan muncul sebagai Justin Bieber selama bertahun-tahun.

Menurut The Onion, Justin Bieber adalah seorang "pedofilia yang berusia 51 tahun dan bersembunyi di sebalik topeng seorang remaja."

Identiti sebenar Michael Côtes telah terbongkar apabila topeng getah dan rambut palsunya terjatuh ketika konsert sedang dijalankan.

Berikut adalah paparan berita tersebut yang tersebar melalui Youtube :

http://www.youtube.com/watch?v=NlevSBh29Wc&feature=player_embedded

Hantu "Gnome" di Argentina




Tuan rumah, jika anda kehilangan gnome(hiasan berbentuk orang kerdil) di taman akhir-akhir ini, anda boleh cuba mencarinya di Argentina barat laut di kota yang disebut General Guemes, di mana, menurut cerita 11 Mac di akhbar London The Sun, penduduk "hidup dalam ketakutan "selepas beberapa penampakan dari" gnome yang menyeramkan "di sekitarnya. Sekumpulan remaja ketakutan bahkan memperolehi bukti pada video, jika melihatnya adalah benar,di luar kawasan tersebut pada pukul satu pagi.

Beberapa saat terakhir dari rakaman kamera telefon kasar menunjukkan sebuah lembaga Duende bersaiz kecil dengan topi runcing menyelinap keluar dari semak-semak. Tiba-tiba ada jeritan menusuk, dan gambar bertukar menjadi hitam.
"Salah satu teman saya begitu takut setelah melihat hal ini, dan kita harus membawanya ke rumah sakit," kata jurukamera The Sun. Tidak ada korban lain yang dilaporkan.

Duende A, menurut kepercayaan Buku Kepercayaan Chicano, adalah "makhluk halus nakal kecil yang serupa dengan leprechaun." Di antara beberapa orang yang berbahasa Sepanyol menmpercayai Duendes menculik anak-anak, atau menarik mereka ke dalam hutan sehingga mereka tersesat. Beberapa bulan yang lalu beberapa pekerja kereta api di Buenos Aires melihat sebuah "sosok aneh dan kecil" yang melontar mereka dengan batu kemudian ghaib, meninggalkan rumput kering dan "jejak" di belakangnya, menurut akhbar Telegraph Belfast.

Lagu Paling Berhantu Abad Ini - Gloomy Sunday

Gloomy Sunday - merupakan sebuah lagu yang lebih dikenali sebagai 'Lagu Bunuh Diri Hungary' - telah ditulis pada tahun 1933. Melodi dan lirik asli adalah ciptaan asal Rezső Seress, seorang pianis otodidak dan komposer lahir di Hungary pada tahun 1899.

Ketika lagu ini sedang hangat keudara di radio,ianya terlalu pantas memperoleh reputasi sebagai 'lagu bunuh diri'. Laporan dari beberapa akhbar Hungary mendakwa pendengar telah mengakhiri hidup mereka selepas mendengar melodi yang ini, dengan meninggalkan lirik lagu ini pada nota terakhir mereka.

Para penulis lirik Sam M. Lewis dan Desmond telah mengalihbahasa lagu ini ke bahasa Inggeris dari lagu asal tersebut. Ini adalah versi pertama yang dicatat oleh Hal Kemp dan Orchestra, dengan Bob Allen pada vokal (1936), menjadi yang paling banyak dibahas.

Populariti Gloomy Sunday meningkat mendadak melalui tafsiran oleh Billie Holiday (1941). Dalam usaha untuk mengurangkan nada menakutkan, sebuah bait ketiga ditambah ke dalam versi ini, namun kejadian bunuh diri tetap berlaku. Gloomy Sunday dilarang daripada disiarkan oleh seluruh radio utama di seluruh dunia.

Walaupun semua larangan tersebut, Gloomy Sunday terus direkodkan dan dijual.

Orang-orang terus membeli rakaman, lantas terus membunuh diri.

Kematian Rezső Seress juga dicatatkan sebagai membunuh diri ; melompat dari apartmentnya pada tahun 1968.

Berikut adalah lagu versi asal yang telah didapati menerusi Youtube.

http://www.youtube.com/watch?v=_Qaa4GDBr0k