Thursday, October 7, 2010

Illuminati Dalam Dunia Hiburan Antarabangsa



Sekarang ini dunia hiburan antarabangsa telah dicemarkan dengan unsur-unsur Freemason atau Illuminati. Kebanyakan bintang-bintang pop terkemuka dunia telah digunakan untuk mengawal minda kita dan mencemarkan pemikiran kita melalui unsur-unsur yang tersembuyi samada di dalam lagu mahupun video MTV mereka.

Kebanyakan dari kita tidak sedar atau pura-pura tidak kisah mengenai hal ini dan hanya mengatakan bahawa hanya muzik atau personaliti artis itu saja yang dipuja mereka.

Ambil contoh, mengenai Lady Gaga. Kebanyakan gambar, mahupun lagu atau MTV beliau memaparkan unsur Illuminati yang sangat jelas dan nyata. Tetapi peminat-peminat Lady Gaga telah memperbodohkan diri sendiri dengan mengatakan ianya mungkin secara kebetulan. Video clip Alejandro penuh dengan semangat Illuminati di dalam MTV tersebut secara terang-terangan, begitu juga dengan video clip Bad Romance. Tapi kebanyakan daripada peminat beliau terutamanya yang beragama Islam tidak mahu ambil kisah mengenai hal ini dan ia merupakan suatu perkara yang memalukan.




Britney Spears juga pernah menjadi salah seorang patung Illuminati suatu ketika dahulu tetapi beliau mengambil langkah alternatif untuk tidak terus terlibat sama di dalam penyebaran ajaran tersebut. Maka, lahirlah sudut-sudut gelap di dalam hidup Britney Spears seperti tindakannya mencukur kepala sehingga botak bagi menyucikan diri, dan juga terhasillah sebuah lagu yang dinamakan Rebellion yang bermasuk pemberontakan dan juga sebuah lagu yang berjudul Monalisa mengenai kehidupannya yang telah disalah gunakan oleh individu yang mahu mengawal beliau. Tetapi lagu tersebut telah ditapis oleh syarikat rakaman beliau dan mereka juga turut membatalkan pengeluaran album Britney Spears yang lebih bersifat memberontak berjudul Original Doll.



Michael Jackson, Madonna, Rihanna, Beyonce, Jay-Z dan beberapa bintang antarabangsa juga telah menjadi patung Illuminati untuk mengawal pemikiran kita sebagai seorang peminat muzik dunia. Malah kematian Michael Jackson juga turut dikaitkan di dalam hal ini.



Bintang baru yang baru sahaja menjadi patung Illuminati untuk menyesatkan kita adalah Charice, yang sekarang ini popular melalui lagu Pyramid. Malah kebanyakan dari persembahan secara langsung beliau turut menggunakan simbol mata satu dengan membentukkan simbol piramid menggunakan tangannya.



Dunia Illuminati juga telah merebak ke industri hiburan tempatan samada secara sedar atau tidak. Kebanyakan masih samar-samar tetapi beberapa ketika ia kelihatan jelas bagi mereka yang memahami unsur-unsur Freemason atau Illuminati. Tapi saya tidak boleh huraikan kerana takut disaman pihak-pihak tertentu yang akan beria-ia untuk menafikan penglibatan mereka di dalam fahaman ini.

Sama-samalah kita menjadi seorang peminat hiburan antarabangsa yang berakal untuk tidak terpengaruh di dalam agenda-agenda jahat mereka.

4 comments:

feelinblue said...

that is true!!!

but, klw just dgr n x obsess xpe kot?
huhu

p.a.k.w.e. said...

sukung

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★


Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

lady gaga sekarang ikon ikutan ramai lahhh tak tau lahhhh

Ferr Remy said...

thanks 4 all the feedback

to talk about this in private
please pm me anything
tq