Tuesday, October 5, 2010

Lagu Paling Berhantu Abad Ini - Gloomy Sunday

Gloomy Sunday - merupakan sebuah lagu yang lebih dikenali sebagai 'Lagu Bunuh Diri Hungary' - telah ditulis pada tahun 1933. Melodi dan lirik asli adalah ciptaan asal Rezső Seress, seorang pianis otodidak dan komposer lahir di Hungary pada tahun 1899.

Ketika lagu ini sedang hangat keudara di radio,ianya terlalu pantas memperoleh reputasi sebagai 'lagu bunuh diri'. Laporan dari beberapa akhbar Hungary mendakwa pendengar telah mengakhiri hidup mereka selepas mendengar melodi yang ini, dengan meninggalkan lirik lagu ini pada nota terakhir mereka.

Para penulis lirik Sam M. Lewis dan Desmond telah mengalihbahasa lagu ini ke bahasa Inggeris dari lagu asal tersebut. Ini adalah versi pertama yang dicatat oleh Hal Kemp dan Orchestra, dengan Bob Allen pada vokal (1936), menjadi yang paling banyak dibahas.

Populariti Gloomy Sunday meningkat mendadak melalui tafsiran oleh Billie Holiday (1941). Dalam usaha untuk mengurangkan nada menakutkan, sebuah bait ketiga ditambah ke dalam versi ini, namun kejadian bunuh diri tetap berlaku. Gloomy Sunday dilarang daripada disiarkan oleh seluruh radio utama di seluruh dunia.

Walaupun semua larangan tersebut, Gloomy Sunday terus direkodkan dan dijual.

Orang-orang terus membeli rakaman, lantas terus membunuh diri.

Kematian Rezső Seress juga dicatatkan sebagai membunuh diri ; melompat dari apartmentnya pada tahun 1968.

Berikut adalah lagu versi asal yang telah didapati menerusi Youtube.

http://www.youtube.com/watch?v=_Qaa4GDBr0k

No comments: